ePembayar

“Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami Berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
- (An-Nahl: 97)


LOG MASUK

Zakat

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang kelima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

  • "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." - Surah An-Nur : 56
  • "Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya." - Surah At-Taubah : 103
  • "Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya." - Surah Adz-Dzariat : 19

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

  • Waad

  • MAIK membenarkan 25% daripada jumlah keseluruhan zakat yang dikeluarkan kepada MAIK diagihkan sendiri mengikut kemahuan pembayar zakat kepada golongan terbabit menerusi suatu perjanjian aku janji bertulis

Cara Bayaran

Wakaf

  • Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T.

  • Wakaf am ertinya wakaf harta modal dan pendapatan yan kekal daripada mana-mana harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui sah oleh Hukum Syarak dan termasuk juga harta harta yan diwakafkan itu sendiri.(Seksyen 2, Enakmen MAIK, Bil 4/1994)

  • Wakaf khas ertinya wakaf harta modal yang kekal daripada mana-mana harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui oleh Hukum Syarak, termasuk harta-harta yang diwakafkan itu sendiri dan pendapatan daripada harta-harta itu itu diberi kepada orang–orang atau untuk tujuan yang ditetapkan dalam wakaf itu. (Seksyen 2, Enakmen MAIK, Bil 4/1994)

SEKSYEN 61 ENAKMEN MAIK 1994

Seksyen 61 Enakmen MAIK 1994 menyatakan bahawa:

“Walau apapun peruntukan yang berlawanan dengan mana-mana surat cara atau perisytiharaan, Majlis hendaklah menjadi pengawal tunggal kepada semua wakaf, sama ada wakaf am atau khas, semua nazar am dan semua amanah khairat untuk kepentingan Agama Islam dan orang-orang Islam, setakat mana harta itu terletak hak kepadanya atau yang terletak di dalam Negeri Kelantan”.

Kaedah Sumbangan

MELALUI KAUNTER

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Bahagian Pembangunan (Unit Wakaf)
Tingkat 1 Bangunan Baru MAIK
Kompleks Islam Darul Naim Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

Melalui Cek

Diatas nama :
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan


**Sila lampirkan bersama Borang Sumbangan Waqaf Tunai MAIK berserta Cek

**Muat turun Borang Sumbangan Waqaf Tunai(Borang dikemaskini pada November 2020)


Melalui Online

Sumbangan melalui e-payment wakaf tunai dengan perbankan elektronik melalui;

1. Portal Rasmi MAIK www.e-maik.my atau;
2. Laman Rasmi Waqaf Tunai waqaftunai.e-maik.my

Melalui Bank Islam

Nombor Akaun :
03-018-01-016270-3

**sila hantar salinan slip bank ke pejabat MAIK beserta borang sumbangan waqaf tunai