Wakaf
-
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan,
hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T.
-
Wakaf am ertinya wakaf harta modal dan pendapatan yan kekal daripada mana-mana harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui sah oleh Hukum
Syarak dan termasuk juga harta harta yan diwakafkan itu sendiri.(Seksyen 2, Enakmen MAIK, Bil 4/1994)
-
Wakaf khas ertinya wakaf harta modal yang kekal daripada mana-mana harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui oleh Hukum Syarak, termasuk harta-harta yang diwakafkan itu sendiri dan
pendapatan daripada harta-harta itu itu diberi kepada orang–orang atau untuk tujuan yang ditetapkan dalam wakaf itu. (Seksyen 2, Enakmen MAIK, Bil 4/1994)
SEKSYEN 61 ENAKMEN MAIK 1994
Seksyen 61 Enakmen MAIK 1994 menyatakan bahawa:
“Walau apapun peruntukan yang berlawanan dengan mana-mana surat cara atau perisytiharaan, Majlis hendaklah menjadi pengawal tunggal kepada semua wakaf, sama ada wakaf am atau khas,
semua nazar am dan semua amanah khairat untuk kepentingan Agama Islam dan orang-orang Islam, setakat mana harta itu terletak hak kepadanya atau yang terletak di dalam Negeri Kelantan”.